Sunday, December 7, 2014

Renew passport di UTC Kuala Lumpur (Pudu)

Semalam dah pergi Pejabat Imigresen Kajang nak renew passport. Tapi dah sampai sana dalam 9am, baru teringat yang aku lupa nak bawak gambar Zara. Tengok orang dah panjang beratur so kitorang pun balik jela. Tak check pulak nombor still ada atau dah habis. Pagi ni sekali lagi ke sana, sampai dalam 8.20am tengok orang dah panjang beratur. Kat hujung barisan ada guard tunggu, dia bagitau nombor untuk hari ni dah habis. Dia suggest pergi ke UTC Pudu (open until 10pm) or datang esok sebab weekdays takdela ramai sangat. But Rabu dah nak fly ke Medan, Isnin & Selasa aku training full day so tak boleh nak keluar office. Nak taknak terpaksa la ke UTC Pudu jugak.

Sampai Pudu dalam 9am. Masa tengah naik parking nampak macam ada ramai orang beratur, barisan panjang giler. Kitorang agak tu la kot line ambik no untuk urusan passport so aku pun angkat Zara yang tengah tidur, terus turun kereta pergi beratur, sementara HB pergi cari parking. Ada la 2-3 kali turun naik aku tengok HB lalu, punya la susah nak cari parking.

Beratur 9am, dapat nombor at almost 11am. 2jam berdiri beratur nak ambik nombor. Tu pun Alhamdulillah nasib baik la sempat dapat nombor. Dia limitkan 400 sehari, teka kitorang nombor berapa?


Sebenarnya awal-awal lagi guard dah kira orang and cut off line. Sepanjang 2 jam beratur belakang kitorang ada la dalam 30 orang. Sekali dah sampai counter, 6 je orang belakang kitorang yang dapat nombor, yang lain kena datang hari lain because nombor habis. Kesian sangat tengok. Jadi macam tu sebab masa guard tengah kira, ada yang tak ada kat line. For example ada satu family 5 orang yang nak buat passport tapi yang beratur kat line cuma sorang, yang lain duduk tepi then bila dah nak sampai depan baru masuk line balik. Tu yang guard terkira lebih orang kat belakang.

Lepas dapat nombor, pegawai kat counter cakap nanti datang balik lepas 4 jam. What? Ok so kitorang pun balik rumah dulu sebab Zara pun tidur tak mandi lagi kan. Kira-kira after 4 jam tu dalam 3pm la. Tapi aku macam dapat agak, mesti by 3pm pun lambat lagi nak sampai giliran kitorang. Sebab if office bukak sampai 10pm, kenapa dia nak limitkan nombor sampai 400 je? So obviously nombor 393 & 394 dah nearly at the end of office hour. Kitorang sampai balik Pudu dalam 4pm. Masa tu baru 223. So dalam 160 nombor lagi. Kitorang pun turun la jalan-jalan kat terminal dulu. Office tu pulak rehat 7pm-8pm.

Lepas solat Magrib semua baru pegi balik office, finally sampai la giliran kitorang dalam 8.45pm. Aku tanya untuk budak umur 2 tahun boleh tak guna gambar yang tangkap kat kedai, dia kata tak boleh kena ambik gambar kat situ jugak. Tak sure whether this rule applies tu Imigresen UTC Pudu ni je ke or sama semua tempat. Alhamdulillah mudah la jugak nak bagi Zara duduk diam. Nasib baik ada patung burung kt counter so kitorang ambik burung tu letak sebelah camera nak bagi dia pandang. Tapi masa nak ambik cap jari Zara macam panic sikit and menangis tak nak bagi tangan. Dia pun dah penat seharian kat sana, memang la nak meragam je.

Gambar passport Zara yang dah tangkap siap-siap kat kedai, tapi tak boleh guna.
Patut kena tunggu 1 jam untuk collect passport, tapi sebab dah last-last tak ramai orang dah so laju sikit la. Dalam 20 minit kitorang dah boleh collect passport then dalam 9.30pm bertolak balik. Literally 12 hours nak buat passport!

So lesson learnt today:
1. Avoid buat passport last minit
2. Avoid datang weekend
3. Avoid renew passport during school holidays.

Unless if you don't have infants or toddler and boleh datang beratur at 6am then maybe you can go for it.

No comments:

Post a Comment