Thursday, June 19, 2014

Langkawi Day 2: Langkawi Cable Car, Oriental Village.

Since hari ni kitorang duduk hotel kat Pantai Cenang, aku punya plan nak spend the whole day kat area ni je, maybe mandi pantai ke. Petang Jumaat lepas pindah hotel kat Kuah baru naik cable car. Tapi Abah kata petang tak sesuai nak naik cable car takut berangin, and if its too windy cable car akan stop beroperasi. I'd prefer to avoid the weekend sebab baca biasa orang beratur panjang nak naik cable car. Like I read in blogs ada yang menunggu up to 30-45 minutes. Even though cuti sekolah baru habis minggu lepas, but just to be on the safe side. So bottom line is hari ni jela kitorang naik cable car.

Zara malam tadi nak dekat 5am baru tidur kot! Geram betul, dia excited tempat baru maybe. Bilik pun luas, so seronokla dia jalan sana sini usik semua benda. So as usual bila tidur lambat tengah hari la baru bangun. Mula-mula Mak tak nak ikut jadi lepas solat Zuhur terus bersiap nak jalan. Bila kitorang dah siap baru la Mak tiba-tiba nak ikut so sementara menunggu Mak bersiap kitorang keluar dulu jenguk-jenguk kedai duty free nearby.

Singgah McD sebelah The Zon nak bagi Zara makan. I really want to find out betul ke orang kata kalau makan kedai kat Langkawi ni tak ada tax. Well I got my answer, its true! So the stated price is the nett price. Lepas bagi Zara makan masuk The Zon survey chocs jap. Since ada lagi 4 hari kat sini, boleh la kot nak survey survey harga dulu then dah tau mana yang paling murah baru beli. Aku siap pesan kat HB, tengok je dulu nanti baru beli. :p


Balik semula hotel ambik Mak Abah, dah nak dekat pukul 3pm. Oriental Village ni kalau dari Pantai Cenang dia agak jauh ke belah atas pulau. Takes about half an hour kot, kena patah balik ikut laluan airport. then lalu jalan pusing-pusing yang buat aku rasa pening and tak sabar nak sampai. We passed by a few hotels on the way, one of them was Kuala Muda Inn. Patut la selalu ada promo and bagi harga murah. I wouldn't stay there myself, sebab macam jauh dari semua benda and dia duduk sorang-sorang je kat area tu. Just my two cents.

Sampai Oriental Village aku cakap kat HB, "tempat ni macam dilanggar helang". Then he was like "helang? dilanggar garuda la". LOL. Tapi memang sunyi takde orang. Weekdays kot. The place reminds me a bit of Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.


Ticket naik cable car untuk warganegara RM15 which is half of the normal price. But you need to show your ID to get that price. Abah dah jalan laju kedepan nak belikan ticket siap-siap, sekali Abah patah balik sebab nak kena kutip IC setiap orang. Ingatkan Zara free, tapi untuk children 2-12 years kena bayar RM10. Cis. Since tak ramai orang hari ni, tak payah nak beratur langsung, terus je dapat naik cable car. I read in someone's blog time ramai orang, they have to fill up each cable car to the max (6 person) so sumbat jela dengan orang tak kenal pun. Tapi time kitorang naik tu sebab tak ramai so dia tak kisah pun each party in their own cable car. Air tak boleh bawak naik ye, ada rak kat entrance kena tinggal kat situ. Unless air tu ada dalam beg dia takde la beria check. HB baru je lepas beli air, belum sempat minum and still pegang kat tangan, then staff suruh tinggal kat bawah. Kesian HB, turun nanti dah tak sejuk air. Hehe.

The experience naik cable car, seriously gayat giler! Aku pernah la naik cable car a few times dulu masa kecik kat UK, kat Switzerland and paling latest a few times kat Genting Highland. Tapi yang ni serious takut giler sebab aku rasa cable car dia macam kecik sangat, then bila anyone bergerak je rasa bergoyang-goyang. Masa nak dekat sampai puncak Gunung Macinchang tu pulak ada lurah yang dalam giler so bila tengok bawah memang jarak kita dalam cable car tu dengan tanah SANGAT jauh. 

At the first station.
Cable car tu stop kat dua station. Well, not exactly stop sebab cable car tu always bergerak kan but you need to get out at the first station, staff yang suruh. My guess is to be fair untuk orang yang tengah beratur dari first station nak naik ke second station. Tapi tengok ada je orang lain yang insist tak nak turun. Maybe sebab tengah tak ramai orang kot. Memang annoying jugak masa beratur nak naik ke station kedua, a few cable car sampai tapi orang tak nak keluar at the first station so kita kena tunggu lagi for the next cable car. Keluar je dari cable car kat first stop tu I literally had weak knees. Rasa macam nak terus turun tak nak naik ke station kedua (puncak) but unfortunately tempat naik cable car untuk turun bawah is on the other side so memang kena naik dulu baru boleh turun.

Zara makan aiskrim kat puncak Gunung Machinchang
Skybridge kat puncak tengah tutup for renovation. Too bad sebab rasanya aku takkan naik cable car ni lagi kot. Kat atas ada small food stall, tak banyak makanan pun. Ada burger, nasi lemak bungkus, kerepek-kerepek, ice creams and a few other foods that I don't recall. On the way naik tadi Zara tidur je, dah sampai puncak baru dia bangun so masa nak turun dia sedar. Kesian Zara, ketakutan dalam cable car tu. Tapi aku rasa perjalanan turun takdela setakut perjalanan naik tadi. And rasa laju je masa turun, taktau nape. Hehe.


Keluar dari Oriental Village kitorang singgah Pantai Pasir Hitam. Tapi sebab kepenatan aku tak tengok pun pantai dia, duduk makan kat kedai makan je. Then on the way balik ke hotel lalu jalan yang ada banyak kedai jual minyak gamat. Tapi dah nak magrib so semua kedai dah tutup.

Malam lepas Magrib keluar cari makan dengan Abah. Aku dengan HB macam nak makan western or anything else selain nasi. Tapi Mak nak ikan bakar. Kitorang keluar dengan kereta but ended up parking a few hundred meters je dari hotel and jalan kaki cari kedai makan. We ate at Restoran Haji Ramli tapi ikan bakar dia tak berapa sedap, rasa kering.


Pantai Cenang really reminds me of Aonang Beach, Krabi. Hotel-hotel and kedai jual souvenirs sepanjang jalan, the spas and lively restaurants, booth offering island hopping and water activity packages, seriously macam kat Krabi. Cuma kat Aonang Beach kedai dia satu belah je, seberang jalan tu boleh terus nampak pantai so sambil jalan kat kedai boleh nampak laut. Kat Cenang ni pulak pantai dia dah tersorok belakang bangunan, what a shame.

No comments:

Post a Comment