Wednesday, February 5, 2014

Teringin nak buat Umrah.

Once in a while aku suka jenguk-jenguk website Airasia and Malaysia Airlines mana la tau tetiba ada offer kan. Today, aku ternampak ada offer pakej umrah by MAS. Yang buat aku tertarik sangat tengok kalau nak bawak infant tambah RM1000 je.


Terus terasa ya Allah teringinnya nak pergi... Kalau boleh bawak Zara seronoknya laa sebab tak perlu tinggal anak. Memang selama ni niat kalau ada rezeki dapat pergi umrah nak bawak Zara sekali. Rupanya kalau bawak infant boleh add on je. Kalau la dapat ikut pakej ni. 8 April - 16 April, ngam-ngam before Zara masuk 2 tahun on 19 April. Tapi mana nak cekau duit last-last minit ni..huhu. Tapi ya Allah teringin sangat-sangat rasanya.. Honestly, first time rasa terbukak hati bersungguh-sunggah nak buat umrah. Mudah-mudahan ada rezeki untuk aku pergi nanti dengan suami & Zara, insyaallah.

Saturday, February 1, 2014

Discharged from Columbia Asia Hospital

Alhamdulillah lepas 3 malam kat sini, hari ni Zara dah boleh keluar hospital. Dia belum sihat sepenuhnya lagi, tapi doctor kata Zara nampak lebih sihat dari semalam meaning she's getting better, so boleh sambung makan ubat kat rumah then Jumaat ni datang untuk follow up.

Pagi tadi as usual dalam 6am ambik nebulizer, then pukul 8am makan ubat. Tengah hari physiotherapist datang buat physio lagi sekali.


Total bil Zara RM2.7k++. Alhamdulillah insurance company boleh cover bil tu, kitorang cuma bayar RM111++ sebab ambik katil 2 bedded instead of 4 bedded. Katil 2 bedded harga dia RM120+7% tax while 4 bedded RM80+7% tax so we have to pay the difference. We were expecting to add dalam RM300++. Kira murah jugak tu rate bilik bagi hospital swasta.


Sempat lagi aku snap gambar bilik before keluar..hehe. This is ward no 82. Katil Zara 82B yang belah dalam tu dekat tingkap. Tengah-tengah mengemas and packing untuk balik, ada patient masuk katil sebelah 82A. A chinese girl with high fever.

 

Masa kat hospital aku cakap kat HB, bila Zara boleh keluar lets reward ourself pergi makan Carl's Jr. So before balik rumah singgah Mines kejap.

Zara teman Mama & Papa rewardkan diri @ Carls Jr.

Thursday, January 30, 2014

Day 2 at Columbia Asia Hospital.

Dugaan betul jaga Zara sepanjang malam tadi. Dia nak berdukung sepanjang masa. Bukan takat berdukung je, dukung sambil berjalan! Even if pegang dia sambil duduk atau baring, dia akan menangis. Dari HB balik 9.30pm tu sampai la ke pukul 5am baru dapat letak dia. Sakit kaki, lutut, belakang, tangan, leher semua tak payah cakapla. Rasa macam nak pengsan pun ada, dengan tak tidur nye. Aku asyik tengok jam je nak kira berapa jam lagi nak pagi. Kalau tak fikirkan jauh, memang aku dah call HB mintak tukar jaga Zara, tapi ni kalau dia datang pun belum tentu aku larat nak drive balik rumah.

Alhamdulillah lebih kurang 5am tu aku try letak Zara, baru la dia nampak nyenyak sikit and tak nangis. Sempatla aku lelap mata kejap. 5.45am nurse datang nak bagi Zara nebulizer.


Zara tidur nyenyak lagi lepas tu. Alhamdulillah, mudah la aku nak solat Subuh. Nak mandi takut dia terjaga jadi cuci muka and gosok gigi jela. Breakfast sampai dalam 7am.


Orang katil sebelah pun dah bangun and pasang tv agak kuat so before 8am Zara dah tersedar bangun-bangun terus tengok cartoon. Nasib baik setiap katil ada tv sendiri.



A few minutes before 9am HB pun sampai. Leganya rasa Tuhan je yg tau. Baru la dapat mandi guna toilet semua. Tapi Alhamdulillah rehat 45 min tu rasa macam dah cukup. Takde pulak aku nak baring or tidur. Cuma kadang-kadang rasa la jugak mengantuk.

Lepas tengah hari patient katil sebelah dah boleh keluar. Ward macam kosong je hari ni. Patient banyak mintak keluar | postpone treatment sebab cuti CNY. Dr Mohan bagitau Zara tak boleh keluar lagi hari ni, maybe tomorrow. Dia nak Zara buat physio petang ni. Before physio Zara kena puasa 2 jam. Masa start physio tu aku terkejut jugak Zara kene tepuk-tepuk dada dan belakang dengan agak kuat. Nak nangis pun ada sebab tak sampai hati tengok Zara menangis, but supposedly tak sakit mana pun tepukan tu. Masa Zara nangis tu aku boleh nampak macam ada buih kahak kat tekak dia. Zara tak muntah, dia telan balik kahak tu tapi physotherapist tu kata kalau dia telan takpe, kahak tu keluar dari paru-paru bila dia telan masuk dalam perut and akan keluar through najis. Lepas physio tu memang nampak Zara ada improvement dan makin active. Next session untuk physio is tomorrow morning and Zara kena start puasa at 6.30am.

Demam Zara hari ni dah takde, Alhamdulillah. Bila dah sihat, habis boring la 'mek kecik' ni terperap dalam ward. HB asyik nak kena bawak dia berjalan kat corridor luar je.



 

Petang Bebi and Abah datang visit lagi. Hari ni ward nampak banyak kosong and kat luar pun sunyi je. Katil sebelah kitorang tu takde pulak patient masuk. So by malam tu if takde patient jugak HB kata dia stay jela malam ni. Kalau staff suruh balik dia balik la. Alhamdulillah, nurse datang check malam tu takde pulak cakap apa-apa. But if katil sebelah ada patient, HB pun takkan stay sebab nanti violate privacy patient sebelah pulak kan, dia pulak yang tak selesa. Taknak pentingkan diri sendiri jugak kan. Tapi syukur la takde orang masuk hari ni. Malam Zara dah tak demam. Cuma batuk and berkahak lagi. Bukan main active lagi dia panjat sana sini kat ward tu. Aku dah tertidur-tidur nasib baik HB ada nak tengokkan Zara. Pukul 2am baru Zara tidur.  HB tidur kat kerusi.

Malam-malam nurse akan datang dalam every couple of hours untuk ambik suhu Zara, nak check ada fever ke tak. The routine is at 12am ambik nebulizer and check temperature, 2am check temperature, 4 am check temperature, 6am ambik nebulizer and check temperature, 8am makan ubat and check temperature.

Patutnya minggu ni kitorang nak balik kampung HB kat Kelantan, Mak Abah & Bebi semua pun ikut. And patutnya malam ni la bertolak. Tula orang kata manusa hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Dah Zara demam, postpone la balik kampung.

Wednesday, January 29, 2014

Pneumonia | Zara admitted at Columbia Asia Hospital Cheras

Semalam lepas balik kerja, masa ambik Zara dari babysitter teruk sangat dia batuk. Sampai termuntah-muntah habis baju tudung aku semua. Minyak kereta dah kelip-kelip tapi aku nak stop pun tak boleh sebab baju semua kena muntah and Zara pun menangis-nangis. So sampai rumah terus msg HB bagitau nak kena bawak Zara pergi klinik, in case HB plan nak OT pulak. Kitorang pergi An-Nur sebab nampak macam kurang sikit orang yang menunggu dari Az-Zahrah. Doc check memang fever Zara tinggi and banyak kahak. So dia kena masuk ubat montot and ambik nebulizer. Doc nak suruh ambik neb regularly tapi since dah malam dia kata kalau tengah malam batuk sampai tak boleh tidur terus datang.

Malam tadi memang Zara batuk teruk pun masa tengah tidur, so pagi ni terpaksa aku cancel class nak bawak Zara ke klinik lagi. Doc check kena bronchitis. Dia tanya ada insurance tak, dia nak bagi Zara masuk ward. Tapi unfortunately time tu katil pulak takde kosong. Doc suruh kitorang tunggu dalam sejam then ambik nebulizer sekali lagi sebab oxigen pun low. Kitorg breakfast kat Warung@Bangi dulu. After nebulizer for the second time still tak banyak improvement and oxigen makin drop. Doc try call KPJ nak tanya if ada katil kosong but KPJ pun full. So doc tulis referral letter mintak kitorang try check Az-Zahrah kot-kot ada kosong.

Base on apa yang doc explain, SPO2 Zara doc nak at least 97%
Sampai Az-Zahrah, staff dia bagitau kena jumpa doc at klinik dia dulu kalau nak admit so ambik la no and menunggu lagi sekali. Alhamdulillah takde la lama mana tapi meragam jugak la Zara. Doc ambik temperature Zara 39.4 degrees. Dia check Zara and confirmkan yang memang patut kena warded ni. Az-Zahrah pun penuh jugak so dia akan try call hospital lain in the area tanya if ada kosong. Alhamdulillah Colombia Asia Cheras ada kosong so doc pun tulis referral letter to admit because of bronchitis. Kitorang balik packing dulu, lepas solat Zuhur baru keluar rumah. Kena singgah tempat kerja HB dulu ambik GL. Nasib baik company HB cover sebab insurance company aku macam tak cover je Columbia Asia Hospital.

Dalam 3pm kitorang sampai hospital, terus ke bahagian emergency. Doc check Zara, ambik darah, buat x-ray, pasang jarum kat tangan and terus kitorang ke ward. Ikutkan HB punya GL patut dapat ward 4-beded tapi yang ada vacancy time tu 2-beded je so nanti kena tambah sendiri la beza harga tu. After a while, pediatrist (Dr. Mohan) datang and bagitau based on x-ray kat paru-paru Zara ada infection meaning Zara kena Pneumonia. So diorang akan masukkan antibiotic untuk bersihkan kuman.

Masuk antibiotic.
Lepas Asar, Bebi & Abah datang visit. Mak tak dapat datang sebab Mak pun demam takut nanti makin berjangkit ke Zara. Nasib baik Jusco Cheras Selatan tu seberang jalan je so before semua orang balik aku pergi beli bekal untuk malam ni. Visiting hours sampai 9.30pm then sorang je boleh teman patient kat ward. Dalam pukul 9pm patient katil sebelah tu macam ayah dia yang tunggu. So HB tanya kat staff boleh tak kitorang jaga berdua sebab takkan la aku nak tidur sorang with another man in the room kan. Then staff tu kata boleh la kira special case. But then nak dekat 9.30pm tu wife dia datang tukar dengan dia rupanya. HB pun kena balik. Masa nak lambai HB balik rasa macam deja vu pulak masa aku kena admit Hospital Serdang nak bersalinkan Zara dulu.


Saturday, January 25, 2014

Weekend Getaway: Samsuria Beach Resort, Kuantan

Our weekend getaway destination this week is Kuantan. Mak ajak ikut pergi kenduri kawan Mak kat IIUM Kuantan so sambil tu boleh la bercuti tepi pantai. Kitorang (Mak, Abah, me, HB & Zara) semua naik satu kereta je, Abah sewa Alza. HB sepatutnya kena kerja pagi ni, tapi dia kesian kat aku sebab tau aku suka bercuti and nanti aku penat jaga Zara sorang-sorang so dia pun skipped work. Bertolak pagi dalam 9am and singgah makan kat Petronas sebelum Bentong. Masa stop tu aku perasan HB dah nampak macam risau and takde mood je sebab bos dia call and supplier asyik call. Kesian dia..huhu. Aku pulak rasa bersalah.

Sampai IIUM Kuantan pukul 1pm++. Even though aku student IIUM, ni first time aku jejak kat IIUM Kuantan ni. Terasa rindu pulak kat zaman belajar dulu sebab IIUM Kuantan is like a miniature IIUM Gombak. Lepas kenduri terus check-in kat Samsuria Beach Resort & Residence. Nampak kosong je macam tak ramai orang, scary jugak. Tapi Mak kata resort ni pun baru je bukak dalam sebulan, maybe rami tak tau lagi kot. Even bilik depan kitorang pun still tengah renovate lagi. Sebab konsep dia macam apartment, so no breakfast will be provided. Tapi bilik tu lengkap dengan dapur, microwave, kettle, kuali, pinggan etc kalau nak prepare makanan sendiri.



Since pagi tadi badan Zara macam panas sikit jadi Abah suruh pergi beli ubat kat klinik. HB keluar dengan Abah cari klinik sebab aku dengan Mak macam penat and malas nak keluar. Rupanya diorang sampai ke Teluk Cempedak sebab HB nak beli bubur McD untuk Zara.

Petang Zara tak habis-habis ajak keluar tengok 'pish' (which would be the swimming pool).



Since Zara tak berapa sihat and angin laut kuat kat luar, Zara mandi bath tub je kat bilik. Komen aku tentang bilik | resort ni, all is great except lantai berhabuk (maybe tak bersihkan lantai betul-betul after renovation) and ada habuk & sawang belakang pintu. But other that that, all is great.

Wednesday, January 22, 2014

Parcel MUA dari UK dah sampai!

Sejak 1st time try product MUA yang aku kirim through Syafiq dari UK dulu, I am now a huge fan. Mainly because the products are affordable, and the quality is not disappointing. Pernah terbaca kat instagram MUA yang diorang pernah offer free international delivery. Aku pun tertunggu-tunggu and luckily not long after that..


Ordered 3 January, received 22 January, not bad at all kan? Free delivery and took lebih kurang 3 minggu nak sampai. But you only get free delivery if you buy products worth over £20 which will be around RM108 (subject to current currency exchange rate). Aku tanya Bebi and Kakak if they want anything, so boleh la cukupkan order kan. But then lepas dah pilih-pilih, barang yang aku nak je dah dalam £20. -_-"

Finally the total order was £49.25. I've been asking whether my parcel has arrived kat Mak Abah. So hari ni bila parcel sampai Mak terus bagitau. Aku mintak Mak bukakkan dulu parcel tu check ada barang rosak atau pecah tak. Then Mak sent this pic.


Rasa tak sabar nak try semua lipstick so kebetulan HB OT hari ni, aku mintak dia singgah rumah Mak Abah dulu sebelum balik rumah and ambik parcel MUA tu. So this is £49.25 worth of products (around RM260++). Murah ke mahal you tell me. :D


And these are all my lip products collection that I have now. Some of them, I don't know when I'll wear. Some doesn't even suit me! But oh well. I just want the satisfaction of having all shades of color.


Wait for the review of the lipsticks soon! ;)

Monday, January 13, 2014

Syafiq dah balik UK | First day of new sem | Monday blues

Mengantuknya hari ni. Plus selsema and sore throat, hence, super Monday Blues today. Students are back but today is registration day so all classes starts on Wednesday. Esok cuti Maulidur Rasul. Malam tadi nak dekat pukul 3 pagi baru tidur. Sampai rumah Mak Abah lepas balik dari hantar Syafiq lebih kurang 2am. Nasib baik memang dah plan tidur rumah Mak Abah je so hari ni direct pergi kerja dari sana. So sad Syafiq dah balik UK. Sunyi jela nanti kat rumah Mak Abah.



So looking forward to June 2014. My birthday and anniversary month |our next family vacation | next Syafiq balik Malaysia | Ramadhan. Mudah-mudahan panjang umur insyaallah.