Tuesday, December 31, 2013

Kenduri selesai, back to work!

Alhamdulillah kenduri semua dah selesai, sedara mara semua dah balik and today its back to work. *sigh* Thank goodness students tengah cuti so I don't have much to do at the moment. So not in the mood. Syafiq whatsapp tengah hari tadi bagitau Abah ajak lunch kat rumah because nak habiskan makanan kenduri.

Sampai kat rumah Abah tengok-tengok ada surat sampai for me. Sampul from Etiqa Takaful. Mula-mula ingat reminder untuk renew roadtax tapi pelik jugak sebab rasanya roadtax expired April.

Bukak-bukak sampul....


Alhamdulillah dapat cheque rupanya. Not much tapi setiap sen is rezeki kan. Tak sangka pulak because dah bertahun-tahun I've been with Etiqa Takaful, ni first time dapat share. Thank you!

A note on 2013, nothing more special this year than watching my baby grow. ♥

Friday, December 27, 2013

Hari Nikah Bebi & Redza ♥

Yeay dah dapat barang-barang aku kirim dari UK. Syafiq sampai Malaysia malam tadi, Mak sambut kat airport dengan Imran and Thaha. Then pagi tadi as I was busy preparing hantaran Bebi, Syafiq datang hantar Quran and Sejadah yang Mak baru beli semalam untuk hantaran. Jadi dia bawak la semua barang-barang aku sekali. Kesian Syafiq he just arrived last night hari ni pagi-pagi dah kena bangun buat itu ini. Aku pulak sibuk memikir nak siapkan hantaran sampai tak sempat nak feel excited jumpa Syafiq. -_-"


Kelam kabut betul siapkan hantaran sebab nak kejar pergi bayar balance rental dewan kat office GMI before lunch break. Dalam pukul 12pm while aku pergi settlekan urusan dewan, aku mintak HB load semua hantaran dalam kereta dia so when I get back terus gerak pergi rumah Mak Abah. Sampai sana ada tante Rini & her daughter from Jakarta, Cik Ani, Abg Nasa and kawan Bebi tengah memasang kotak doorgift lagi. Syafiq, Udin and Thaha pergi ambik sedara mak from Medan kat hotel area Bukit Bintang because diorang takde transport and tak reti nak datang Bangi. Abah order makanan untuk lunch and dinner kat rumah hari ni so kitorang pun lunch dulu. Nak dekat 1pm gerak balik rumah because HB nak solat jumaat. Meanwhile, ada la masa untuk aku iron baju and bersiap semua. Bebi nikah 3pm so plan after kitorang bersiap terus pick up Zara kat babysitter and tukar baju dia dalam kereta je on the way ke masjid.

Bertolak dari rumah dalam 2.30pm and direct ke masjid sebab semua orang dari rumah Mak Abah pun dah gerak ke sana so kitorang sampai lebih kurang sama dengan yang lain. Nasib baik kawan Bebi ramai ada, and ramai sedara mara datang kali ni. Aku pun dah pesan banyak kali, jangan jadi macam time aku nikah dulu, rumah dah kosang semua dah pergi masjid. Tapi hantaran semua kat rumah lagi takde siapa bawak. Then semua orang kena patah balik nak ambik hantaran and time aku dah nak nikah takde family pun by my side. Kakak, Nuha and Maksu je. Sedih giler masa tu only god knows. Nasib baik other family members sampai just before akad nikah, tu pun hantaran ada 3 lagi kat rumah tak sempat bawak.

Alhamdulillah kali ni everything went well. Mak sampai lambat sikit and kitorang dah standby nak tangkap video akad nikah in case Mak tak sempat. Nasib baik she made it just in time. Sebab nikah Bebi delay sikit patutnya pukul 3pm tapi start dalam 3.15pm. Time aku dulu memang kena punctual 3pm sebab lepas tu ada giliran orang lain pulak dengan tok kadi tu.

Bebi waiting to be a Mrs.
Bebi selamat dinikahkan dengan Redza dengan satu lafaz. Aku takdela rasa sedih and nak nangis pun. But tengok Mak yang sedih nangis-nangis, aku pun menitis la jugak air mata. Mak cakap kat Nuha, "Nanna tinggal satu je lagi anak belum kahwin."

Lepas akad, Redza baca terjemahan Surah Al-Ruum ayat 21 yang bermaksud:

[21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Then dia baca tanggungjawab seorang suami and tanggungjawab seorang isteri. Abah pulak baca perlepasan tanggungjawab Abah kepada Redza, something like that. Very touching. Nasib baik time aku dulu takde pulak kalau tak habis cair makeup aku (as if I haven't ruined my makeup enough time nikah dulu). Or maybe ada except I was probably too busy crying that I didn't notice. Pftt! Bebi nampak relax je Redza yang emo lebih..kikiki. Yela dia anak bongsu pun. HB kata lepas nikah dia nampak mak and makcik-makcik Redza semua nangis. Beza Redza and kakak abang dia jauh so manja la kot kan..hehe. Well to me, its good la yang dia sedih and emosional. At least dia sedar tanggungjawab dia as a husband, and know its not gonna be that easy! ;)


P/s: Tak sempat nak tangkap gambar setiap satu hantaran yang aku buat. Sobsob. Tunggu gambar dari official photographer je la. Hopefully ada.

Petang after nikah.

 

The photo above is lepas majlis nikah. Pengantin baru with our brother and cousins. Orang kuat majlis. Aku pulak tak sempat pun nak bergambar dengan pengantin.

After majlis nikah Bebi & Redza tadi semua pergi berkumpul kat rumah Mak Abah. Tapi aku, HB, Syafiq and Imran rushing pergi dewan nak tengok orang set up meja. Dari kat masjid tadi orang Shahmie Catering dah call a few times cakap meja tak cukup | tak sampai lagi. Diorang dah ada kat dewan since 3pm. Yang orang nak hantar meja tambahan tu pulak asyik sesat lepas tu call tanya direction ke GMI.

Bila kitorang sampai kat dewan, takut la jugak kot orang catering tu bengang ke apa sebab kitorang sampai dah 5pm++. Nasib baik budak-budak catering tu ok je. When we arrived ketua dia greeted us politely, unlike the attitude of bahagian management who was annoying on the phone. Ketua dia bagitau, even lepas campur meja tambahan, meja tak cukup. Meja untuk coffee corner, meja hadiah & doorgift, meja prep tak ada. What a chaos. Yang dewan GMI ni pun dah seminggu before majlis baru bagitau diorang tak boleh nak provide 40 meja, sebab meja tu ada merata dalam GMI. So boleh gune 20 meja je yang memang ada kat dewan. Pfttt!

Aku try call Bebi, Mak, Abah semua tak angkat phone pulak. After trying for a while baru Bebi angkat phone then I asked her to tell Abah to go and try ask pakcik Hasbullah because dia ada catering company so mesti ada link dengan orang yang sewakan khemah and meja ni.

Because aku belum solat asar, kitorang kena balik dulu so tinggal Imran and Syafiq kat dewan. Alhamdulillah malam tu Abah dapat uruskan meja tambahan and meja-meja dah dihantar ke dewan. Lepas magrib kitorang pergi rumah Mak Abah balik. Urusan pasang kotak doorgift almost siap dah masa tu. Katanya Abg Nasa semalam sampai pukul 3am pasang kotak, and pagi tadi lepas Subuh terus sambung lagi. Bebi, Syafiq, Imran and Udin pergi pacak penanda arah untuk ke dewan. So not much to do dah malam ni. Balik rumah almost midnight, terserempak budak-budak ni tengah pacak penanda tepi jalan.

Gambar from Bebi
Ralat pulak rasa lepas majlis nikah tadi balik rumah terus, tak singgah rumah mak dulu. Tante Rini, our aunt from Jakarta ada pesan masa kat masjid,"kita ke rumah mama dulu ya". Masa kitorang datang lepas magrib dah takde siapa pun. Tengok gambar sedara mara upload kat FB, lepas majlis nikah tadi Cik Ani, Pakcik Lop, Cik Nora, Tante Rini, Ibu Ida semua berkumpul kat rumah Mak Abah. Bukan senang nak jumpa and berkumpul. Ruginya rasa. T_T

Wednesday, December 25, 2013

Beli bunga kat Petaling Street

Untuk wedding Bebi nanti aku yang buat gubahan hantaran. Dulu masa my wedding and masa Bebi tunang aku guna artificial flowers sebab takut kelam kabut. Kali ni kebetulan students tengah sem break and aku pun nak ambik cuti lama sikit, ada la masa untuk buat hantaran fresh flowers. In my humble opinion, hantaran guna fresh flowers lebih senang nak buat and of course la lebih cantik kan. Sebab kita just susun-susun bunga tak payah nak serabut sangat letak ribbon bagai. Cuma yang leceh sikit kena habiskan masa seharian untuk focus kat gubahan la sebab tak boleh nak start awal-awal nanti bunga layu.

Bebi nikah Jumaat, kebetulan hari ni (Rabu) cuti Christmas so dah mintak HB teman beli bunga at Petaling Street. Plan nak pergi pagi dalam pukul 8am sebab survey kat blog ada yang kata kalau pergi tengah hari banyak bunga dah habis nanti tak banyak choice. Tapi malam tadi 'mek kecik' tu tidur pukul 2am so kitorang pun of course la tak dapat tidur selagi dia tak tidur. Dalam pukul 10am baru keluar rumah drop Zara kat babysitter dulu.

Last time pergi beli bunga kitorang naik LRT turun Pasar Seni. Kali ni HB nak drive je malas naik public transport. We both have no idea nak lalu jalan mana paling dekat so as usual we just put our trust in Waze. Dalam pukul 11am area Pasar Seni tu dah busy. Parking awam yang paling dekat kat depan Pasar Seni (Central Market) tu la. Tapi sebab area tu sibuk and banyak bas, kitorang terlepas simpang nak masuk parking. HB malas nak patah-patah balik cari parking so dah terlajak sampai Pudu tu HB masuk je dalam Puduraya park situ. Bengang gak mula-mula sebab tengok dalam Waze distance kena berjalan 1km. Tapi bila jalan tu takdela jauh mana rasa. Nasib baik belum panas terik.

Sepanjang Petaling Street tu ada banyak kedai bunga, tapi I like this specific shop betul-betul seberang Maybank Petaling Street. Maybe sebab kedai tu luas sikit and pekerja dia tak menyibuk sangat time kita nak pilih bunga kot.

Roses






Bunga yang aku beli:
Roses (Local/Cameron): 20 kuntum/RM18
Roses (China): 20 kuntum/RM30
Gerberas: 7 kuntum/RM7
Orchid: 5 batang/RM5
Chrysanthemum pom-pom: RM12
Chrysanthemum net: RM15

Chrysanthemum net

Thursday, December 19, 2013

SENHENG, where's my oven?!

I am SO disappointed with SENHENG.

Last Monday (9th Dec) I bought an oven from SENHENG Bangi (yang area Gulatis). The salesman said I can collect my oven in 3 days because there's no stock at that branch at the moment so they need to order it from the warehouse. Taktau kenapa masa tu tak fikir panjang terus book and buat full payment

Jumaat lepas (13th Dec) kitorang pergi balik SENHENG nak tanya dah sampai belum oven tu. The salesperson kata dalam sehari dua lagi. Well guess what, sampai hari ni (19th Dec) still haven't heard from them. Kejap tadi I went to their FB page and why am I not surprised when I saw lots of comments from other customers claiming they also haven't received their goods from SENHENG long passed the promised period. Geramnya aku! Just don't promise your customer they will receive their item in 3/5/7 days if you cannot commit! Jangan la bagi harapan and janji palsu.

Lesson learnt: Next time kalau nak beli from SENHENG mesti dapat barang on the spot! Kalau takde stock balik, fullstop.
.

**Update


Alhamdulillah, I got my oven on 25th Dec. 16 days after booking/payment.

Friday, December 13, 2013

Borong buku at Big Bad Wolf 2013

Memandangkan Big Bad Wolf sale habis ahad ni, and for sure I know HB taknak pergi area Mines weekend ni because he hates the traffic jam, so hari ni nekad jugak redah ke MIECC sorang-sorang time lunch break. Gerak dari ofis 12pm++ sampai sana dalam pukul 1pm. Terus tuju ke bahagian Young Adult sebab hari tu macam ada banyak buku kat section tu yang teringin nak beli tapi macam kelam kabut so tak beli. Sadly tengok hari ni banyak buku dah habis! Bear in mind next time better pergi awal-awal kalau nak target buku best. *sobsob*

My catch for today

Tak tau la kenapa aku pegi beli buku-buku resipi tu. *wondering*

Pukul 2pm++ bertolak balik, solat kejap tak sempat makan and pukul 3pm ada class. While waiting for my students to finish their assignments which they have to submit at the end of the class, aku sempat baca sikit novel yang baru beli tadi. Ada sorang student tu siap tegur, "Big Bad Wolf ye Miss?" Erk.

Yang ni hasil tangkapan Jumaat lepas. First day of BBW sale.


Thursday, December 12, 2013

Hukum tidur meniarap.

Antara tidur yang sunat kita kejutkan:


Seseorang yang tidur meniarap.

Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata yang bermaksud: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)