Kelam kabut betul siapkan hantaran sebab nak kejar pergi bayar balance rental dewan kat office GMI before lunch break. Dalam pukul 12pm while aku pergi settlekan urusan dewan, aku mintak HB load semua hantaran dalam kereta dia so when I get back terus gerak pergi rumah Mak Abah. Sampai sana ada tante Rini & her daughter from Jakarta, Cik Ani, Abg Nasa and kawan Bebi tengah memasang kotak doorgift lagi. Syafiq, Udin and Thaha pergi ambik sedara mak from Medan kat hotel area Bukit Bintang because diorang takde transport and tak reti nak datang Bangi. Abah order makanan untuk lunch and dinner kat rumah hari ni so kitorang pun lunch dulu. Nak dekat 1pm gerak balik rumah because HB nak solat jumaat. Meanwhile, ada la masa untuk aku iron baju and bersiap semua. Bebi nikah 3pm so plan after kitorang bersiap terus pick up Zara kat babysitter and tukar baju dia dalam kereta je on the way ke masjid.
♥ |
Alhamdulillah kali ni everything went well. Mak sampai lambat sikit and kitorang dah standby nak tangkap video akad nikah in case Mak tak sempat. Nasib baik she made it just in time. Sebab nikah Bebi delay sikit patutnya pukul 3pm tapi start dalam 3.15pm. Time aku dulu memang kena punctual 3pm sebab lepas tu ada giliran orang lain pulak dengan tok kadi tu.
Bebi waiting to be a Mrs. |
Lepas akad, Redza baca terjemahan Surah Al-Ruum ayat 21 yang bermaksud:
[21] Dan di
antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa
Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis
kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir.
Then dia baca tanggungjawab seorang suami and tanggungjawab seorang isteri. Abah pulak baca perlepasan tanggungjawab Abah kepada Redza, something like that. Very touching. Nasib baik time aku dulu takde pulak kalau tak habis cair makeup aku (as if I haven't ruined my makeup enough time nikah dulu). Or maybe ada except I was probably too busy crying that I didn't notice. Pftt! Bebi nampak relax je Redza yang emo lebih..kikiki. Yela dia anak bongsu pun. HB kata lepas nikah dia nampak mak and makcik-makcik Redza semua nangis. Beza Redza and kakak abang dia jauh so manja la kot kan..hehe. Well to me, its good la yang dia sedih and emosional. At least dia sedar tanggungjawab dia as a husband, and know its not gonna be that easy! ;)
P/s: Tak sempat nak tangkap gambar setiap satu hantaran yang aku buat. Sobsob. Tunggu gambar dari official photographer je la. Hopefully ada.
No comments:
Post a Comment