Bebi nikah Jumaat, kebetulan hari ni (Rabu) cuti Christmas so dah mintak HB teman beli bunga at Petaling Street. Plan nak pergi pagi dalam pukul 8am sebab survey kat blog ada yang kata kalau pergi tengah hari banyak bunga dah habis nanti tak banyak choice. Tapi malam tadi 'mek kecik' tu tidur pukul 2am so kitorang pun of course la tak dapat tidur selagi dia tak tidur. Dalam pukul 10am baru keluar rumah drop Zara kat babysitter dulu.
Last time pergi beli bunga kitorang naik LRT turun Pasar Seni. Kali ni HB nak drive je malas naik public transport. We both have no idea nak lalu jalan mana paling dekat so as usual we just put our trust in Waze. Dalam pukul 11am area Pasar Seni tu dah busy. Parking awam yang paling dekat kat depan Pasar Seni (Central Market) tu la. Tapi sebab area tu sibuk and banyak bas, kitorang terlepas simpang nak masuk parking. HB malas nak patah-patah balik cari parking so dah terlajak sampai Pudu tu HB masuk je dalam Puduraya park situ. Bengang gak mula-mula sebab tengok dalam Waze distance kena berjalan 1km. Tapi bila jalan tu takdela jauh mana rasa. Nasib baik belum panas terik.
Sepanjang Petaling Street tu ada banyak kedai bunga, tapi I like this specific shop betul-betul seberang Maybank Petaling Street. Maybe sebab kedai tu luas sikit and pekerja dia tak menyibuk sangat time kita nak pilih bunga kot.
Roses |
Roses (Local/Cameron): 20 kuntum/RM18
Roses (China): 20 kuntum/RM30
Gerberas: 7 kuntum/RM7
Orchid: 5 batang/RM5
Chrysanthemum pom-pom: RM12
Chrysanthemum net: RM15
Chrysanthemum net |
No comments:
Post a Comment