Tak plan pun hari ni nak cabut gigi. Aku cuma tanya HB, tak nak pergi dentist ke? Dia pun terlupa and cakap nak pergi lah hari ni sebab esok last day untuk submit claim so rugi je kalau tak guna. Aku pun fikir bila lagi nak buat, sooner or later kena cabut jugak gigi ni sebelum sakit teruk. Actually gigi geraham bawah aku ni dulu berlubang. Kecik je, them time pregnant 2012 aku pergi klinik gigi kat Seri Bangi nak tampal. Tak tau la nak salahkan dentist or maybe time pregnant kurang kalsium so gigi cepat pecah. Tapi gigi aku pecah la time dia nak cuci before tampal tu. Geram betul time tu aku dengan dentist tu. Habis dinding pecah so dia buat tampalan sementara then dah bagitau aku kena either cabut gigi ni or buat rawatan akar. Sekarang yang tampalan sementara tu dah tercabut so terdedah la gigi aku yang pecah ni.
Kitorang decide pergi Lita Alis sebab kali terakhir HB cabut gigi kat situ and dia kata dentist ok. Menggigil gak menunggu turn nak kena panggil. At one point rasa macam nak cancel pun ada. Bila masuk bilik rawatan tu tengok doc dia lembut je and baik sangat. Dia try nak berborak dengan kita maybe nak bagi kita hilang nervous. Tapi takdela over sampai kita rasa rimas. Yang paling aku berdebar time nak bius. Dia cucuk 3 kali sekeliling gigi. Rasa sakit sikit la tapi takde la seteruk yang aku expect..hehe. Then kena tunggu kejap nak bagi kebas. Doc tanya "lidah awak dah kebas tak?" I was like "emm tak kebas pun". And then risau giler takut tak cukup bius. Tapi doc kata ok tunggu lagi sikit, then dia datang and tekan-tekan gigi aku sambil tanya aku rasa tak. Aku cakap tak rasa then dia kata "ok awak dah kebas, saya tekan kuat sikit ye" and dia terus start cabut.
Time cabut tu takde la sakit mana cuma rasa gigi bahagian akar tu macam sengal sikit. Yang horrornya kita boleh dengar and rasa gaya dia nak cabut gigi tu. Nasib baik during the process doc and assistant dia takde cakap anything scary that I can hear. Tau-tau in less that 5 mins kot doc suruh gigit kapas and I'm done! Dia tanya nak gigi tak. Emm takpe lah kot.
Tak ingat nak tanya nama doc tu tapi I really recommend this dentist. Not that aku banyak experience cabut gigi kan tapi bila takde seteruk yang aku imagine kira ok la..hehe. Total aku cabut gigi, HB buat scaling + tampal is RM320. Ngam-ngam budget. Lepas setengah jam macam tu bila bius mula hilang gusi tempat gigi kena cabut tu sengal giler. Lepas makan painkiller sebiji, dalam 3 jam lepas tu reda la. Cuma darah banyak giler sampai ke malam tak stop. HB tengok ruang kosong tempat gigi takde tu besar giler katanya so maybe gigi aku tu besar kot tu yang darah non-stop. Ni first gigi kekal yang aku cabut. So dah lama giler la takde experience gigi patah | cabut gigi. Pape pun Alhamdulillah and goodbye satu gigi geraham!
Zara practice untuk jumpa dentist. ;)
Salam, akak terpanggil juga nak menyampuk cerita cabut gigi. Sama juga takut yang sangat mendalam...banyak2 klinik ke Lisa alis...masa nak cabut tu bila dah masuk jumpa doktor, akak siap kata nga Dr, saya ni takut cabut gg... Dr pun bagi semangat dan mintak bertenang. selepas bius dan proses dijalankan, gg pun dapat dicabut....Perghhhh.... tak sakit pun....alhamdulilah/....Best part siap pegang tangan Dr locum tu ucap terima kasih...ayat Win akak...Dr telah membuatkan saya rasa yakin nak cabut gg....akhir kalam, saya juga cabut di Lisa Alis....memang meyakinkan...
ReplyDeleteSalam kak brapa harga cabut gigi
Delete