Friday, February 28, 2014

Balik Kelantan.

Dah lama tak balik Kelantan. Supposedly nak balik masa cuti CNY last month, but we had to cancel sebab Zara masuk hospital because of Pneumonia. So bulan ni kena balik jugak la. Mak Abah decided nak ikut sekali, saja-saja nak berjalan ke pantai timur.

Zara sibuk nak bawak kereta dia balik kampung.
Zara dengan kereta dia.
Sem ni my schedule from Monday till Thursday is literally full so aku boleh cuti Jumaat je. Hari Khamis, kelas habis pukul 8pm so kitorang gerak malam, plus hoping that kalau gerak malam Zara tidur so takde la meragam dalam kereta. Well guess what, dia tak tidur. -_-

Omg geram + stress betul rasa masa tu. Kitorang gerak dari rumah Mak Abah dalam 10pm. Abah je ikut naik kereta, Mak esok baru naik flight ke KB. Zara tidur dari 11pm-12am and then she was wide awake! Panjat sana panjat sini, tengok Upin Ipin. Aku dah la tak rehat since 6am++ pagi tu. Kelas 7.45am-1pm, sambung lagi 2pm-8pm. Balik rumah terus packing barang, bersiap, then gerak. Dengan sakit badan lagi sebab jalan agak teruk and kereta bergoyang-goyang. Pukul 5am baru Zara tidur, and pukul 6am kitorang selamat sampai kampung.

Lepas solat Subuh tidur sampai 10am. Then kena pergi ambik Mak kat airport and hantar Mak Abah check in kat Renaissance KB. Kat airport Abah & HB suruh beli terus ticket flight untuk aku and Zara balik KL. Tak sanggup rasanya nak travel jauh 8 jam dalam kereta dengan Zara.

Kat hotel baru mandikan Zara sebab dia baru bangun. Abah & HB pergi solat Jumaat kat Masjid which was within walking distance from the hotel. Balik dari hotel, ingat nak singgah makan mee celup tapi tutup pulak kedai.

Petang kitorang keluar pergi pasar malam kat Pantai Irama. Aku teringin nak makan kuih-kuih | makanan Kelantan. Tapi gerai jual makanan bape deret je yang banyak kedai jual baju/barang-barang. Then malam pergi Wakaf Che Yeh.

Makan sausage + keropok lekor tepi Pantai Irama.

2 comments:

  1. relon titanium max edition -Tianium Arts
    The relon titanium max edition from the original. This edition includes the titanium hammers relon titanium pan titanium max titanium rod edition snow peak titanium and is fully designed for use with columbia titanium boots

    ReplyDelete